Team Building di PULARES Batu Gajah
Program Tunas Niaga (PROTUNe) Zon 1
diadakan pada 11 hingga 13 April 2014. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES) Batu Gajah, Perak.
Aktiviti selepas pendaftaran dimulakan dengan taklimat dan seterusnya sesi 'Ice Breaking' oleh fasilitator, sesi taklimat berjudul 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' yang disampaikan oleh En. Nor Hisyam b. Mahayuddin dari MARA, beliau menerangkan tentang perniagaan merangkumi semua aktiviti, peranan usahawan kepada ekonomi dan masyarakat & peningkatan ekonomi Negara melalui aktiviti perniagaan.
Antara aktiviti lain selain taklimat dari penceramah & guru adalah aktiviti seperti kuliah subuh, senaman pagi & cabaran explorace di mana peserta perlu melalui 11 checkpoint yang penuh dengan cabaran
My Inovation
Dalam slot ini para peserta perlu mereka cipta satu produk dari bahan-bahan terbuang. Peserta akan dibekalkan dengan barang-barang seperti straw, botol plastik tali dll dan kemudian mencipta suatu produk mengikut kreativiti kumpulan, produk tersebut perlu dipersembahkan, gaya persembahan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing
Majlis Penutup
Acara kemuncak program ialah majlis perasmian penutupan. Perjalanan majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan peserta terpilih yang dibimbing oleh fasililator termasuklah pengacara majlis. Antara pengisian aturcara majlis adalah ucapan perasmian penutup penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta, fasilitator dan urusetia, persembahan multimedia & persembahan pelajar.