Diperkenalkan pada tahun 1989 dengan penyertaan 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangssan Petaling dan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Lumpur dan dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.
Pada tahun 1996 perlaksanaan PUM diperluaskan dengan diambil alih dan dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) yang kemudian melantik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) selaku agensi pelaksana PUM di peringkat negeri.
PKEN akan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Agama Negeri dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam melaksanakan PUM.
Dan pada tahun 2014 Program Usahawan Muda telah ditukarkan kepada Program Usahawan Muda atau secara ringkasnya PROTUNe
Objektif PROTUNe
Antara objektif utama Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah
- Untuk menerapkan dan membudayakan keusahawanan dikalangan pelajar-pelajar sekolah
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam memulakan sesuatu perniagaan agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berjaya
- Dapat mempelajari selok belok mengenai pengurusan sesuatu syarikat
- Memupuk usahawan muda agar mempunyai daya tahan, berdaya saing dan maju, sentiasa berfikiran positif, kreatif dan inovatif
- Menjadikan keushawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan
Hasil Kajian Menunjukkan Program Pembudayaan Di Sekolah Dan Universiti Telah Menarik Minat 95 %
Pelajar Melayu (M/S ii – Ringkasan Eksekutif Kajian INSKEN). Program Ini Juga Telah Diiktiraf Sebagai Kelab / Persatuan Oleh Sekolah Dan Menjadi Pilihan Utama Pelajar. Penglibatan Di Dalam Aktiviti PUM Turut Dinilai Dan Membawa Markah Sebanyak 10 Peratus.
Sepanjang Perlaksanaan Program, Sebanyak 3.32%Pelajar Aliran Teknik Vokasional,11.00% Pelajar Aliran Agama Dan 4.15% Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Telah Mendapat Manfaat Daripada Program Ini.