Catur Bistari adalah satu permainan yang direka demi memupuk amalan bisnes untuk berdikari. Permainan ini sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan kedudukan terutamanya anak-anak. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai dan syariat Islam.
Sebenarnya permainan ini menyamai konsepnya dengan Jutaria, Monopoly dan Saidina cuma Catur Bistari lebih mencabar dan mengetengahkan unsur keislaman dalam bisnes.Catur Bistari ini mempunyai tiga laluan dan bukannya macam permainan lain yang hanya mempunyai satu laluan sahaja.
Fasa kedua dinamakan Laluan Tijarah. Sebelum layak ke fasa kedua ini, pemain mestilah berjaya mengumpulkan wang tunai sebanyak RM10,000 semasa dalam fasa pertama. Dan dalam laluan ini, pemain sudah mempunyai perniagaan sendiri. Dalam fasa ini pelbagai cabaran perlu dihadapi sebelum berjaya melayakkan diri ke fasa seterusnya dengan duit tunai sebanyak RM1juta.
Fasa terakhir ataupun lebih dikenali sebagai Laluan Jihad Bisnes lebih menyeronokkan kerana dalam laluan ini, pemain dibenarkan mempunyai lebih daripada satu bisnes. Dan pada masa inilah pemain perlu mengumpul aset dan kekayaan sebanyak mungkin.