Program Pengurusan Tunas Niaga (PROTUNe) yang dahulunya dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM) merupakan satu program untuk mendekatkan pelajar sekolah menengah dengan dunia keusahawanan. Program ini adalah di bawah kendalian Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (KPKNPk) dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri & MARA.

Ahad, 21 September 2014

Catur Bistari

Apa itu Catur Bistari?

Catur Bistari adalah satu permainan yang direka demi memupuk amalan bisnes untuk berdikari. Permainan ini sesuai untuk menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga dalam kalangan masyarakat dalam pelbagai peringkat umur dan kedudukan terutamanya anak-anak. Catur Bistari memberi pendedahan kepada ilmu dan amalan bisnes berlandaskan nilai-nilai dan syariat Islam.



Sebenarnya permainan ini menyamai konsepnya dengan Jutaria, Monopoly dan Saidina cuma Catur Bistari lebih mencabar dan mengetengahkan unsur keislaman dalam bisnes.Catur Bistari ini mempunyai tiga laluan dan bukannya macam permainan lain yang hanya mempunyai satu laluan sahaja.
Fasa pertama ataupun laluan pertama dalam permainan ini dinamakan Laluan Makan Gaji. dimana pada permulaan peserta hanya berkerja dengan makan gaji.

Fasa kedua dinamakan Laluan Tijarah. Sebelum layak ke fasa kedua ini, pemain mestilah berjaya mengumpulkan wang tunai sebanyak RM10,000 semasa dalam fasa pertama. Dan dalam laluan ini, pemain sudah mempunyai perniagaan sendiri. Dalam fasa ini pelbagai cabaran perlu dihadapi sebelum berjaya melayakkan diri ke fasa seterusnya dengan duit tunai sebanyak RM1juta.

Fasa terakhir ataupun lebih dikenali sebagai Laluan Jihad Bisnes lebih menyeronokkan kerana dalam laluan ini, pemain dibenarkan mempunyai lebih daripada satu bisnes. Dan pada masa inilah pemain perlu mengumpul aset dan kekayaan sebanyak mungkin.  

Selasa, 26 Ogos 2014

Bengkel Penyediaan Laporan Syarikat & Pengucapan Awam (Bahagian 2)

Hari kedua Bengkel diteruskan dengan aktiviti senaman pada awal pagi dan seterusnya dimulakan dengan taklimat dari kosultan, persembahan Pengucapan Awam oleh para peserta, setiap kumpulan akan dinilai oleh juri, setiap kelemahan akan dikomen dan diperbaiki, konsep bengkel dilakukan di tempat terbuka agar peserta dapat melatih diri untuk berhujah di khalayak ramai.

Pada sebelah malamnya pula aktiviti diteruskan di dalam dewan dengan persembahan sebenar para peserta PROTUNe yang akan melibatkan props, paparan slide & soalan-soalan dari pihak juri.




Bengkel Penyediaan Laporan Syarikat & Pengucapan Awam (Bahagian 1)

Bengkel Penyediaan Laporan Syarikat & Pengucapan Awam PROTUNe yang bertempat di Virgo Resort Batik pada 22-24 Ogos 2014. bertujuan untuk memperbaiki tahap persembahan & penyampaian sebagai persediaan peserta-peserta PROTUNe untuk bertanding pada Konvensyen Peringkat Negeri.

Bengkel juga diselitkan dengan majlis sambutan aidilfitri.

Hari Pertama: Pendaftaran Masuk


Taklimat Program

Khamis, 3 Julai 2014

Ahad, 27 April 2014

Team Building di PULARES Batu Gajah

Program Tunas Niaga (PROTUNe) Zon 1

diadakan pada 11 hingga 13  April 2014. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah berkampung selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Kadet Remaja Sekolah (PULARES) Batu Gajah, Perak.

Aktiviti selepas pendaftaran dimulakan dengan taklimat dan seterusnya sesi 'Ice Breaking' oleh fasilitator, sesi taklimat berjudul 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' yang disampaikan oleh En. Nor Hisyam b. Mahayuddin dari MARA, beliau menerangkan tentang perniagaan merangkumi semua aktiviti, peranan usahawan  kepada ekonomi dan masyarakat & peningkatan ekonomi Negara melalui aktiviti perniagaan.

Antara aktiviti lain selain taklimat dari penceramah & guru adalah aktiviti seperti kuliah subuh, senaman pagi & cabaran explorace di mana peserta perlu melalui 11 checkpoint yang penuh dengan cabaran

My Inovation 

Dalam slot ini para peserta perlu mereka cipta satu produk dari bahan-bahan terbuang. Peserta akan dibekalkan dengan barang-barang seperti straw, botol plastik tali dll dan kemudian mencipta suatu produk mengikut kreativiti kumpulan, produk tersebut perlu dipersembahkan, gaya persembahan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing

Majlis Penutup

Acara kemuncak program ialah majlis perasmian penutupan. Perjalanan majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh barisan peserta terpilih yang dibimbing oleh fasililator termasuklah pengacara majlis. Antara pengisian aturcara majlis adalah ucapan perasmian penutup penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta, fasilitator dan urusetia, persembahan multimedia & persembahan pelajar.